mainmenu

Related Items

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday38
mod_vvisit_counterYesterday120
mod_vvisit_counterThis week158
mod_vvisit_counterThis month158
mod_vvisit_counterAll554990

FREE DOWNLOAD

Soalan Psikologi Pendidikan

DOWNLOAD UNTUK CADANGAN JAWAPAN


Soalan 1  

Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, terangkan mengapa pentingnya seseorang guru mempelajari psikologi. Bincangkan implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah anda. Beri contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan anda. (1 jam)


Soalan 2  

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada tajuk-tajuk berikut :
• Teori-teori perkembangan manusia
• Potensi manusia
• Motivasi
• Perbezaan individu                    (2 jam)


Soalan 3  

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat introvert. Jelaskan dengan contoh-contoh yang sesuai, bagaimana anda dapat meningkatkan cirri-ciri positif kedua-dua personaliti ini.


Soalan 4(a)  

Pemimpin yang baik adalah pengurus yang baik. Huraikan pernyataan ini mengilkut konteks bilik darjah. Adakah anda melihat anda sebagai pengurus yang baik? Fokuskan perbincangan anda kepada aspek-aspek berikut:
. rutin bilik darjah
. disiplin bilik darjah


Soalan 4(b)  

Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada kualiti pengurusan bilik darjah. Bincangkan pernyataan ini berasaskan pengalaman mengajar anda dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.


Soalan 5(a)  

Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda? Beri sebab-sebab bagi menyokong pilihan anda.


Soalan 5(b)  

Pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran adalah penting sebelum proses pembelajaran. Berdasarkan pengalaman mengajar anda, bincangkan pernyataan dengan memberi contoh yang sesuai.

Lagu KBSR Tahun 1

DOWNLOAD LAGU KBSR YEAR 1

mp3 Raya

mp3 Raya

Seni Dalam Pendidikan

TAJUK 1: SOALAN TUTORIAL  

Anda dikehendaki membaca beberapa artikel, journal atau buku seni dalam pendidikan. Senaraikan faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terangkan faedah itu dan kepentingan seni dalam pendidikan di sekolah rendah dengan rujukan kepada teori pembelajaran. Jawapan anda hendaklah disokong dengan pandangan tiga orang tokoh dalam bidang ini.


TAJUK 2: SOALAN TUTORIAL  

Berdasarkan senario waktu rehat di sekolah anda, tuliskan dan buat catatan dalam bentuk grafik berasaskan pemerhatian yang berikut:


TAJUK 3: SOALAN TUTORIAL  

i. Tulis satu refleksi individu yang ringkas tentang apa yang anda telah pelajari dan alami berasaskan kepentingan deria terutamanya dalam konteks anda sebagai pelajar dan guru.


TAJUK 4 : SOALAN TUTORIAL  

Berdasarkan latihan yang diberikan di atas, anda dan rakan-rakan dikehendaki melakonkan situasi di pasar malam itu. Anda dikehendaki mengunakan bahan-bahan gantian untuk menggambarkan eksplorasi, pengalaman dan ekspresi bagi situasi itu.


Contoh RPH MUZIK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 1 
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Muzik Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Masa : 8.15 – 9.15 pagi
Tarikh : 24 .1. 2009
Kelas : 1 Bestari
Bil Murid : 36 Orang
Tajuk / bidang : Nyanyian dan mengenal alat-alat perkusi.
Item : Melodi dan alat perkusi.

Hasil Pembelajaran : Menyanyi mengikut senikata lagu dan mengenal alat-alat perkusi

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 2 
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Kelas : Dua Intelek
Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi
Bilangan murid : 34 orang
Aspek : Pengalaman muzikal

Item : 2.1.2 Menyanyi secara muzikal - melodi
Tajuk Lagu : Anak Itik Tok Wi
Kemahiran : Menyanyi dengan sebutan yang jelas dan tepat.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 2 
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Kelas : Dua Intan
Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi
Bilangan murid : 30 orang
Aspek : Persepsi Estetik

Item : 1.2 Melodi, warna ton, alat perkusi
Tajuk Lagu : Aku Burung Tiung
Kemahiran : Menyanyi dan memainkan alat muzik secara muzikal – Tempo dan melodi.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 2 
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Kelas : Dua Bestari
Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi
Bilangan murid : 35 orang
Aspek : Pengalaman muzikal
Item : 2.1.2 Menyanyi secara muzikal - melodi

Tajuk Lagu : Anak Ikan
Kemahiran : Menyanyi dengan sebutan yang jelas dan pernafasan yang betul
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3 
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Kelas : 3 Bestari
Masa : 9.20 -10.20
Bil. Murid : 20 orang
Aspek : Persepsi Estetik
Item : 1.2.3 Warna Ton

Kemahiran : 1.1 Memberi perbezaan bunyi empat alat perkusi dengan Respon yang sesuai.
1.2 Memainkan alat perkusi mengiringi lagu yang telah dipelajari mengikut detik
lagu. Objektif :

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4 
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Kelas : Empat Al-Bukhori
Masa : 9.45 pagi – 10.45 pagi
Bilangan murid : 35 orang
Aspek : Permainan Rekoder

Item : Pengenalan Rekoder
Tajuk Lagu : Padiku

Kemahiran Hidup

Soalan 1

Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut ?

     Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga komponen penting iaitu perancangan, penyampaian dan penilaian. Untuk melihat ketiga-tiga komponen ini, lihat rajah di bawah...

BAHAGIAN A : Ujian Objektif
Mengenali Negara Kita. (Contoh soalan mengikut aras)

a. Aras Pengetahuan
b. Aras Kefahaman.
c. Aras Analisis.
d. Aras Penilaian.
e. Aras Aplikasi
f. ...

SOALAN TUTORIAL

Dalam menjayakan pengajaran mikro, anda perlu menguasai kemahiran penyampaian. Huraikan kemahiran-kemahiran itu dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dengan jelas.

Contoh RPH KH

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 6(1)
Kelas : 6 Rajin
Masa : 8.45 – 9.45
Bidang : 2. Perniagaan dan keusahawanan
Unit : 2.3. Mempromosi jualan
Tajuk Pembelajaran : 2.3 (c) Promosi melalui katalog.
Objektif : Murid dapat merekabentuk dan menghasilkan katalog mudah.
Alatan / bahan : Kertas A4, keratan akhbar, majalah, gunting, gam, marker pen, stapler dan pensel warna.
Penerapan nilai : Kerjasama, berjimat – cermat

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 6(2)
Kelas : 6M
Masa : 10.45-11.45
Bidang : Reka Bentuk dan Teknologi
Unit : Baik pulih dan Penyenggaraan
Tajuk Pembelajaran : Penyenggaraan dan membaiki kerosakan kecil pada perabot
Objektif :Murid dapat menguasai kemahiran asas dalam penyenggaraan dan membaiki kerosakan kecil pada perabot
Alatan/Bahan : Tukul, Paku, Gergaji, Pita Ukur, Pensil, Sesiku L, Kertas Las,
Syelek Penerapan Nilai :Kerjasama dan berdisiplin

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 6(3)
Tahun : 6
Masa : 1jam
Bil murid : 32
Bidang : Rekabentuk dan Teknologi
Unit : Jahitan
Tajuk : Penghasilan artikel
Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
a) Mengenal pasti bahan terpakai untuk dikitar semula
b) Menjahit artikel mudah daripada bahan terpakai
Pengalaman sedia ada : Murid sudah tahu :
a) Alatan yang biasa digunakan untuk menjahit
Nilai : Sabar, mencintai alam sekitar, bekerjasama.
ABM : Gunting, pita mengukur, roda surih, jarum peniti, kertas kabar tukang jahit, jarum jahitan tangan
Bahan : Fabrik dari bahan terpakai, Pola yang berukuran 16cm x 16cm, Benang yang sesuai dengan fabrik, kun, span.

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 6(4)
Kelas : 6 Bijak
Masa : 10.35 – 11.35 pagi
Bidang : Perniagaan dan Keusahawanan
Unit : Sikap pengguna yang bijak
Tajuk Pembelajaran : Mendapatkan maklumat barang
Hasil Pembelajaran : Aras 1
1. Mengenal pasti ciri barang yang masih baik
2. Membanding beza barang yang masih baik dan barang yang rosak
Aras 2
1. Mendapatkan maklumat daripada label barang
BBM : Susu, buah-buahan, label, tin minuman

Band kssr Year 1

Muzik Tahun 1

MUZIK BAND 1
MUZIK BAND 2
Lampiran evidence bertulis BAND 2
Lampiran evidence lisan BAND 2
MUZIK BAND 3
Lampiran BAND 3
MUZIK BAND 4
MUZIK BAND 5
MUZIK BAND 6

Bahasa Inggeri Tahun 1 (SK)

BI BAND 1
BI BAND 2
BI BAND 3
BI BAND 4
BI BAND 5
BI BAND 6

Bahasa Inggeris Tahun 1 (SJK)

BI BAND 1
BI BAND 2
BAND 3
BI BAND 4
BI BAND 5
BI BAND 6

Laman Pilihan








Pengenalan Kibod E-mail
Article Index
Pengenalan Kibod
Kibod
All Pages
Apa itu Kibod?

Kibod merupakan sejenis alat muzik berpic mirip organ dan piano tetapi menggunakan kuasa elektrik untuk memainkannya. Keyboard atau kibod dicipta dan diubahsuai semula dengan perkakasan elektronik. Konsep asal alat muzik Organ menggunakan tenaga salur paip angin dimainkan di gereja-gereja di benua Eropah pada zaman Barok lagi pada awal abad ke 15.


GAMBAR 1

Gambar 1 menunjukkan alat muzik organ berpaip telah wujud di zaman Renaissance dan di awal Zaman Barok

Sistem alat muzik kibod ‘Organ’ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya. Kibod memerlukan sumber tenaga secara terus atau menggunakan bateri biasanya bateri kering bagi memainkannya. Kibod juga mempunyai susunan papan nada atau keys yang tertentu bilangan oktafnya mengikut jenis dan model ciptanyanya sama seperti piano atau organ. Ada pelbagai jenis dan jenama kibod dari model yang lama hingga kepada yang baru mengikut perubahan dan keperluan semasa..



GAMBAR 2


Gambar 2 di atas menunjukkan bagaiman sistem alat muzik kibod ‘Organ’ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya.

Jenis-Jenis Kibod

Pihak pengeluar kibod berjenama sentiasa berlumba untuk menghasilkan kibod yang terbaik atau dengan lebih tepatnya alat-alat muzik yang terbaik.Dengan ini terhasillah berbagai jenis kibod dari yang sederhana kepada yang agak canggih ciptaannya. Setiap pengeluar mengeluarkan berbagai-bagai model mengikut kemampuan pengguna dan juga keupayaan pengguna itu sendiri. Kualiti sesebuah kibod pula bergantung kepada berapa banyak keupayaannya berfungsi serta beroperasi dengan mudah semasa memainkannya. Jenis kibod yang ringkas dan agak sederhana buatannya hanya mampu menyediakan bilangan ton atau bunyi alat muzik serta beberapa jenis rentak (Style & Rhythm). Selain daripada itu kemampuannya terhad untuk diprogramkan atau dibuat rakaman main semula.


Cara kibod beroperasi berbeza di antara jenis-jenis model ciptaannya. Jenama kibod yang biasa digunakan serta terkenal ialah seperti YAMAHA, CASIO RHODES, TECHNICS dan KORG. Ada beberapa lagi jenama kibod yang harganya tidaklah mahal sekadar menyebut sebilangannya mampu dimiliki oleh seseorang yang ada minat dalam bidang muzik. Mengikut klasifikasi, alat-alat muzik keyboard terbahagi kepada tiga jenis iaitu kordofon, aerofon dan elektrofon. Antara alat-alat muzik keyboard ialah piano, organ, piano akordian dan synthesizer. Terdapat juga kibod yang memerlukan alat pembesar suara (speaker) untuk dimainkan dan ada jenis model yang sudah dibina pembesar suara (speaker) di dalam kibod itu sendiri.

Piano

Antara alat muzik keyboard yang paling popular ialah piano. Piano pertama telah dibuat di Florence, Itali pada tahun 1700 oleh Bartolommeo Cristofori. Beliau mendapat ilham untuk mencipta piano dengan mengambil contoh alat harpsikord yang begitu popular pada masa itu. Walau bagaimanapun, piano mengambil masa seratus tahun untuk mengatasi populariti harpsikord. Terdapat dua jenis piano yang sering dimainkan iaitu grand piano dan piano tegak. Untuk persembahan muzik profesional, grand piano menjadi pilihan kerana bunyinya yang lebih besar. Piano tegak selalunya digunakan sebagai alat muzik yang dimainkan di rumah.

Piano moden mempunyai papan jejari dalam lingkungan tujuh oktaf yang membolehkan pemain piano memainkan muzik seperti sebuah orkestra. Dalam apa-apa muzik sekalipun sama ada jaz, pop rock mahupun klasikal, piano tetap menpunyai kedudukan sebagai alat muzik terpenting kerana kemampuannya menjadi alat melodi dan juga iringan.

Organ

Organ terbahagi kepada dua klasifikasi. Organ jenis aerofon ialah organ berpaip yang biasanya digunakan di gereja. Ia menggunakan kuasa angin yang dipam melalui paip-paip khas. Jenis yang kedua ialah organ eletrofon atau moden yang menggunakan kuasa elektrik untuk meghasilkan bunyi. Organ ini lebih ringan, mudah alih dan jauh lebih murah berbanding dengan organ aerofon. Ini menjadikannya alat muzik yang sesuai untuk persembahan konsert serta digunakan di gereja kerana kemampuannya meniru bunyi yang hampir sama dengan organ paip.

Pada sekitar tahun 1930 an di Amerika Syarikat, organ elektrik yang paling popular ialah organ harmonium. Ketika era muzik rock dan blues pada tahun 1960 an, muncul pula organ elektronik. Organ elektronik meggunakan kaedah litar elektronik yang lebih mudah untuk menghasilkan bunyi. Hasilnya, organ ini lebih kecil saiznya serta mudah alih selain harganya yang murah. Organ jenis ini menjadi alat muzik kegemaran pemuzik-pemuzik kontemporari.

Apa Kelebihannya Kibod?

Kelebihan utama kibod ialah keupayaannya berfungsi sebagai alat muzik ‘All in One’ dan menjadi begitu canggih serta menakjubkan dunia muzik hari ini. Semua kibod adalah kromatik dan dilengkapi dengan pelbagai warna ton serta renj pic yang baik. Melodi dan harmoni boleh dimainkan secara serentak diiringi dengan automatik bassnya. Antara kelebihan kibod ialah;

Please contact administrator...